Malas Nak Percaya

Dah malas nak percaya
Acapkali kau cerita
Kau redah hutan rimba
Kau jumpa tuah lima bersaudara

Siapalah yang nak percaya
Selalu kau cerita
Jika kau lapang masa
Kau terbang melintasi ruang angkasa

Malaslah nak percaya
Kau sehandal panglima
Serangga merayap dipeha
Kau meraung kering airmata

Tak nak aku percaya
Superman teman lama
Berangan tika lena
Jatuh ke lantai bagaikan gempa

Siapa nak percaya
Bicara tiada bayar
Umpama hikayat omong
Habiskan masa

Ghairah Yang Hilang

Bila dengar berita
Dia telah kembali
Setelah lama menyepi
Tiada khabar diri

Kini wajah menjelma
Hanya memandang sahaja
Tiada nada bicara
Seakan dalam keresahan

Apakah maknanya ini
Seakan ghairah tiada lagi
Terasa seperti hilang seri
Fikiran hanya melayang layang

Mindaku seakan buntu
Bagaikan hilang ghairah padamu
Walaupun diri aku tahu
Cintamu tetap pada diriku

Tidak seperti dulu
Setelah dengar namamu
Dunia ini umpama
Milik kita berdua

Selain Bumi

Ingin rasanya
Berkelana disana
Ingin melihat
Kehidupan selain bumi

Bumi berputar
Ligat sentiasa
Namun bagaimana
Kehidupan sekelilingnya

Apakah ada disana
Teruja ingin melihatnya
Apakah memang benar
Ada makhluk tak serupa kita

Apa bentuk rupanya
Apakah tiada suara
Apa santapanya
Atau kenyang sepanjang masa

Apakah akan kekal selamanya
Menjadi misteri minda
Apakah tiada siapa
Mencuba mendekatinya

Manisah

Dah nasib manisah
Diri menjadi dambaan
Diri menjadi pujaan
Insan dipinggiran

Manisnya manisah
Bikin hati tak keruan
Siang dan malam
Terkenang kenang dirimu sayang

Manisah pujaan
Beradu lena tak aman
Sering terbayang
Seakan wajah berada didepan

Dengarlah sayang
Sayang hamba bukan mainan
Berilah harapan
Semoga tercapai satu impian
Manisah insan pujaan

Sampai Ke Pagi

Dingin malam ini
Dinihari masih sendiri
Hujan dah berhenti
Pelangi terbit pagi

Lihat jalur pelangi
Janganlah tunjuk jari
Pergilah andai berani
Untung sedang menanti

Mahu lari sampai pagi
Sampai bila mahu menari
Mahu sendiri sampai pagi
Sampai bila harus sembunyi

Rentak tak selari
Kaki tersepak kaki
Akal masih mencari
Mana nyawa dalam peti
Minta nyawa dalam peti

Maharani

Rupawan maharani
Semerbak mewangi
Menawan hati ini
Jatuh cinta lagi

Rela aku berlari
Merentas gurun oasis
Walaupun luka pedih
Sanggup aku tempuhi

Ohhhh maharani
Dengarlah nada ini
Sumpahku dalam diri
Aku damba cintamu kasih

Ohhhh maharani
Semangat sanubari
Rela aku menanti
Dirimu datang lagi

Aku dambakan cintamu kasih
Maharani penawar pedih

Manusia Dan Hantu

Meredah malam
Bersama andang
Mencari dimana
Mana berada
Terdengar laung suara

Pohon bergoyang
Mistiknya malam
Kabus kelihatan
Apakah petanda
Hantu sudah datang

Manusia dan hantu
Tidak mungkin sama
Berpijak ditanah
Dan terbang melintas angkasa

Manusia dan hantu
Sifat yang berbeza
Mentera doa
Melawan paras suara mengerikan

Bila manusia
Memohon pada tuhan
Mustajab doa
Hantu pun hilang

Kejamnya Mama

Siang dan malam
Tiada beza bagiku
Yang tak mengerti
Apa apa

Mama kejamnya hatimu
Tak hirau tangisanku
Walaupun engkau tahu
Aku zuriatmu

Mama siapakah papa
Hati gelap gelita
Hanya pandai berjanji
Tapi tidak ditepati

Mama apakah engkau lupa
Lemahnya engkau dengan rayu
Adanya aku bukan dipinta
Adanya aku kerana nafsumu

Mama tidakkah engkau tahu
Aku sebenarnya tidak mahu
Melihat dunia yang palsu
Mengenali manusia hati sepertimu

Mama tergamak tinggalkan aku
Kejamnya dirimu
Lupakah aku adalah anakmu
Mama aku anakmu

Auta

Gapai tak sampai
Lompat tak dapat
Bumi dipijak
Kaki tersepak
Rebah tiada keramat

Sembangnya hebat
Nampak merempat
Mudah terleka
Lemah segala
Permata depan mata

Nak lawan putaran roda
Bila hampir genggam dunia
Terlupa ramai yang dah terkena
Bila lupa pada jasa

Mata dipejam
Pada kebenaran
Mata tak buka
Bila tiada habuan

Damai

Mata melihat
Helaian dimeja
Hati bertanya
Dari siapa

Terdetik rasa
Membaca isinya
Apa mahunya
Tersirat seribu makna

Apakah dia mahu damai
Lupakan segala sengketa
Apakah dia mahu sejahtera
Hidup bersama sama

Lupakan saja
Selisih kata
Kita hidup
Damai bersama

Biarkan saja
Silap yang lepas
Akan menjadi
Satu sejarah

Besama sama kita damai
Bersama sama menuju bahagia
Bersama sama kita damai
Dalam sebuah mahligai

Bukan Sajak Puisi

Ingin rasanya aku
Melukis diawan
Ingin aku luahkan
Yang terpendam didalam

Apa kata mentari
Melihat aku disini
Andai datang hujan
Aku pulang ke bumi

Lagu ini bukan sajak puisi
Lagu ini hanya luahan hati
Mana pergi lama aku menanti
Janganlah bermain dengan teka teki

Awan berarak perlahan lindungi bumi
Detik masa berganti masih menanti
Manalah sembunyi aku tak pasti
Aku tak pasti

Pak Menipu

Pak pak pak menipu
Sudah dapat dia sapu
Kata nampak benar
Tapi sadur palsu

Pak pak menipu
Kenyang perut jalan laju
Bila lemas hulur kayu
Tetap menipu

Semua lu sapu
Hanya tinggal debu
Janji bantu bantu
Tapi janji palsu

Nanti lu datang
Rayu perasaan
Bila lu bimbang
Hidup dipinggiran

Pak pak pak menipu
Lu macam hantu
Memang aku tahu
Semua lu sapu

DownTown Kl Boh

Pagi buta renyeh mata
Kini sampai kotaraya
Datang bukan cari kerja
Tapi downtown saja
Downtown saja

Saeng saeng ada berkata
Kotaraya macam macam ada
Abang kacak gadis jelita
Tapi jangan lupa
Kereta lipan pun ada

Downtown saja
Pusing kota
Usha awek
Cuci mata
Sankut sorang
Padang doh rasa

Downtown saja
Pusing kota
Kelabu mata
Tengok jenama
Branded belaka
Harga gila gila

Downtown kotaraya
Cuci mata macam macam ada
Tapi jangan lupa
Kawal nafsu juga

Dia Siapa

Siapa dia
Berdiri hujung sana
Apa mahunya
Tersenyum tanpa kata
Aku cuba bertanya
Dia memandang saja
Matanya terpancar cahaya

Gelisah dijiwa
Siapa dia sebenarnya
Rupa wajahnya
Seri terpancar sinar
Apakah aku berada
Di alam maya
Keindahan terbayang dimata

Mana aku berada
Mana tempatnya
Dia siapa
Membawa penawar
Hati luka

Ingin pulang segera
Merawat jiwa
Menebus segala
Hanyut gelora
Meniti usia dewasa

Kopi Tiada Gula

Biar gelap
Dipandangan mata
Pahit rasa
Pendam dalam dada

Buka mata
Nampak intan permata
Pasti ada
Sayang dalam jiwa

Kopi pahit bila tiada gula
Hati sakit tapi benci tiada
Biar pahit sanggup terima saja
Asal dapat segala yang didamba

Kopi pahit bila tiada gula
Hati sakit tapi benci tiada
Guna rakit ingin keliling dunia
Nampak pelik akhirnya sampai jua

Samah

Saat awan menitis air hujan
Seraya aku melangkah ada hasrat
Senja arah mendamba akan harapan
Sunyi alam menemani arah haluan

Sewaktu aku menunggu akan hantaran
Sempoi angin malam ada harum
Sesaat aku memaling apakah hadir
Senyum aku menerima apa dihajati

Semasa aku melayan api halilintar
Serentak aku melamun ada hanyutan
Seketika aku merasa arah hilang
Seraya airmata menitis apakah hibanya

Seperti akan merayu ampun hidup
Sepantas akal memikir apakah hikmahnya
Semoga ada mentari akan hiasi
Semuanya akan menjadi arca hidup

Larut Malam

Hadirnya perasaan
Menjelma tika larut malam
Gelisah tiada debaran
Fikiran seakan melayang khayalan

Bertanya diri sendiri
Apakah makna semua ini
Memikir sedalam dalamnya
Apakah mainan perasaan

Fantasi merindu pada si bulan
Merayu pada bintang bintang
Sembunyi bila halilintar datang
Akhirnya terlena dalam senyuman

Terjaga detik menjelang siang
Sabar menanti tika larut malam
Kerana percaya pasti jumpa
Beradu lena tika larut malam

Anekaragam

Lihatlah balam terbang
Melintas ruang angkasa
Bersiul keriangan
Nikmati kebebasan

Datang seorang teman
Bicara dalam kesalan
Rawan kehampaan
Ditinggal sang perawan

Anekaragam
Ceritera kehidupan
Berdendang girang
Menyanyi lagu
Kedamaian

Anekaragam
Warna kehidupan
Putih dan hitam
Berjalan jalan
Seiringan

Kenangan jadi pengalaman
Kemanisan bersadur kepahitan
Anekaragam warna kehidupan
Menjadi peraturan alam

Gebang

Aku dah bilang
Kau tak perasan
Nilai kau gebang
Kutip dipinggiran

Kau hanya makhluk tuhan
Bukan dewa kayangan
Bila maruah terbang
Baru kau ingat pesan

Aku dah bilang
Jangan lupa pesan
Tika kau gebang
Kawal perasaan

Kau insan menumpang
Bukan raja mesir silam
Gebang diperdaya bisikan
Dendam sampai
Senjakala datang

Aku dah bilang
Jangan silap gebang
Halilintar menyerang
Rebah ditepian gelanggang

Sayap Sakti

Bersorak diangkasa
Dunia jadi saksi
Terbang pusing bumi
Keramat sayap sakti

Berlindung datang hujan
Mendung arah awan
Terbang terus terbang
Bila panas datang

Sayap sakti
Benang emas terpilih
Melintas
Dikaki awan

Sayap sakti
Pernah luka pedih
Semangat
Masih disini

Sayap sakti
Lagenda sakti
Kekal dihati
Generasi ke generasi

Hoga

Api menyala membahang
Hanya debu tinggal dikawah
Api mengalir laharnya
Tersekat dalam aliran

Jerit suara
Nada setinggi tingginya
Jelingan mata
Renung sedalam dalamnya

Merah api menyala
Bendera kibar dipuncak
Hembus angin terasa
Mentari memancar sinarnya

Hanyut gelora
Dilambung ombak lautan
Sandar dilaman
Mengira burung terbang

Api menyala
Sepantas halilintar
Api menyala
Dialirannya

Hero Pak Pacak

Ada pak pacak
Lagak jadi hero
Ingin hisap darah
Merayap ditubuh

Bila pak pacak
Lagak jadi hero
Hamun dan sumpah
Sapu anugerah

Aksi bagai hero malaya
Ikut arahan sang sutrada
Sanggup lakukan apa saja
Asalkan dapat semuannya

Lagak Pak pacak
Megah berangan
Tebal muka cermin retak
Pasti jerat makan tuan

Mencari Suri Hati

Aku berkelana
Setiap daerah
Mencari cinta
Seorang wanita

Dalam kembara
Gunung dan rimba
Meredah segala
Mencari bunga cinta

Aku mencari cinta wanita
Bukan mencari cinta betina
Aku mencari cinta sempurna
Bukan kerana cinta darjat semata

Kini aku jumpa
Harum sekuntum mawar
Geliga diminda
Sempurna sifatnya

Melangkah pulang
Tunaikan harapan
Seorang wanita
Menjadi suri dilaman

Pusaka Mu

Sebelum kau pergi
Tinggalkan dunia ini
Kau tak lupa
Pusaka budaya
Untuk generasi merdeka

Pesanmu tidak dusta
Tersirat seribu makna
Kau pikat hati semua
Walau dimana barada

Wayangmu bukan kosong isinya
Hilangkan duka lara
Wayangmu tak jemu dimata
Dikenang tiap masa

Biar semua gembira
Walau kau dalam duka
Kau ingin semua kita
Berfikir dalam merentas masa

Kolonial Pasca Merdeka

Lagakmu serupa
Kolonial
Datang bertandang
Cari untung
Jalan berlenggang
Bila pulang

Sikapmu serupa
Kolonial
Bijak mengumpan
Jarum panjang
Intan dan permata
Asal pitam mata

Kolonial pasca merdeka
Mindamu pintar
Ligat menjerat mangsa

Kolonial pasca merdeka
Jangan terleka lupa
Harinya akan tiba
Tuhan maha kuasa

Kolonial pasca merdeka
Ada dimana mana
Ohhhh dimana-mana

Matahari

Matahari
Tak terbit pagi
Mana kau pergi
Aku sabar menanti
Apa kau bersedih
Masalah hari ini

Matahari matahari
Kenapa tak terbit pagi
Dimana kau sembunyi

Matahari matahari
Masa senggang ku sunyi
Dengarlah rayu ini

Matahari matahari
Aku rindu suria pagi
Keluh ku dalam sepi

Matahari matahari
Aku bukan bermimpi
Jelmalah ohhh kekasih

Harapan Baru

Masih bisu
Daerah ini
Bila penghuni
Lena dibuai
Mimpi syurga

Apabila
Gerimis menitis
Ibarat pesan
Dalam meniti
Sebuah kehidupan

Bangkitlah kita
Bersama sama
Biarkan saja
Yang dulu berlalu
Bersatu kita
Semangat yang satu
Arah menuju harapan baru

Biarkan saja
Yang dulu berlalu
Bersatu kita
Arah yang baru
Harapan baru

Kiasan Hidup

Tinggi angan
Meluncur lawat bulan
Mata pedang
Bisa guris perasaan

Ingan terbang
Kutip bintang bintang
Bawa pulang
Jadi hiasan dilaman

Pantas diri berjalan
Terlupa pandang belakang
Segala Nasihat pesan
Memang tak boleh telan

Katanya intan
Tapi nampak kaca
Tak perasan
Bila silap baca

Silau mata
Cari mana pangkalnya
Bila dah rasa
Berduka dalam tawa

Kitaran

Dulu kau menangis
Bila patah hati
Engkau ada janji
Kunci hati ini

Kini jiwa sunyi
Sepi melanda diri
Ingin jerit jerit
Marah diri sendiri

Bila sang kekasih
Datang mulut manis
Mudah kau ikuti
Kau dah lupa janji

Mungkinkah kau suka
Kitaran cintanya
Rayu tika suka
Bila sepah tinggal

Kitaran cintanya
Akan tetap sama
Tiada yang beza
Selagi bernyawa

Sesat seketika

Tak mungkin lupa
Jalan sehala
Sesat seketika
Dunia dewasa

Debu debu manja
Hembus tiap masa
Sesat seketika
Bila terkena

Aku hanya hamba
Yang tak sempurna
Sesat seketika
Dipukau kata

Sesat seketika
Tak mungkin lupa
Ingin pulang segera
Arah jalan dimana

Kesahku

Aku gembira selalu
Dengar suri hatiku
Bisik sayang padaku
Kanda juga begitu

Aku senyum selalu
Makan nasi ada pinggan baru
Sepinggan bukan sifatku
Minta tambah dinda nampak malu

Aku ketawa selalu
Gurau senda kawanku
Kekadang ada juga buntu
Kepala sakit direjam batu

Sebak didalam dadaku
Dapat bunga tapi kuntum layu
Pura senyum mimik sayu
Jalan pulang nyanyi lagu syahdu
Apakah malang nasibku

Kini aku
Buka pintu baru
Tekad baru
Yang lain tetap dulu

Aku bersyukur selalu
Rahmat tuhan limpah padaku
Dinda tetap sayang padaku
Tanda kasih buai laju laju

OhhhhOhhhh inilah kesahku
OhhhhOhhhh yareba yareba yareba

Cintaku Qasidah

Bukan silapmu qasidah
Merayu damba cintaku
Suci hatimu qasidah
Relakan dirimu rebah

Ku tahu cintamu qasidah
Dasar terasa geloranya
Sinari cintamu qasidah
Dambakan hanya bahagia

Jangan salahkan aku dinda
Pasti kau akan tahu
Niatku ikhlas dinda
Kenapa aku buat begitu

Owhhh kasihku
Sempurnanya cintamu
Ikhlasnya kau berkorban
Pertahankan syurgamu

Owhhh sabarlah
Kebenaran tetap ada
Aku hanya sedarkan mereka
Dari lamunan nafsu dunia

Anak muda Gumbira

Anak muda
Dipersimpangan
Kejar mengejar
Arah haluan

Anak muda
Mencari makna
Dunia kenikmatan
Apa ertinya

Anak muda langkahmu panjang
Duri didepan bukan halangan
Ingin kau tawan tiap perasaan
Janji impian bukan kepalang

Anak muda berlagu riang
Lalalalalalala
Berdendang pulang
Lalalalalalala
Lagu dunia
Lalalalalalala
Ketawa riang

Dunia kenikmatan
Bukan dogengan

pedang

Sayup sayup suara
Keluh dalam gelisah
Lepas di rongga
Jerit amarah

Panjangnya pedang
Dinding nan usang
Hilang sarungnya
Sejarah silam

Semangat panglima
Tempur dilaman
Rahsia sengketa
Misteri belaka

Pedang menikam
Nyawa jadi taruhan
Bisikan suara
Kawal manusia

Bisikan suara
Arah segala

Gateh

Gateh
Menghambat lawanmu
Semangat yang satu
Diri tiada gentar
Sepantas halilintar

Gateh
Menawan puncak
Menggegar dunia
Mendambakan juara
Gemilang raja lumba

Pijarnya membahang
Gateh menyosong matahari
Keringat menitis
Membasahi arena ini

Buktikan pada semua
Tiada apa yang beza
Menjulang maruah
Dipersada dunia

Buktikan pada semua
Semangat raja lumba
Buktikan pada mereka
Kitalah raja lumba

Pantang larang

Lihat bintang
Terang bulan
Sunyi malam
Tiada teman
Renung nasib
Dalam pantang
Terbit pagi
Malam larang

Bila kenang
Masa silam
Redah jalan
Yang dilarang
Kini nasib
Dalam pantang
Pantang larang

Lagak dulu bagai raja
Singgahsana alam kayangan
Santap pagi sandar kenyang
Kembung perut sampai malam

Sepandainya tupai lompat
Kakinya tak singgah didahan
Jatuh ke tanah sakit badan

Kapal Layar

Lihatlah kapal layarmu
Rasalah arah angin itu
Berlayarlah kapal layarmu
Jiwai alunan lagu

Tenanglah kapal layarmu
Tidak karam ditimpa batu
Pancarlah cahaya lampu
Terangi kapal layarmu

Kapal layarmu
Berlayarlah selalu
Biar ditimpa batu
Berlayarlah susuri arah itu

Alunan lagu itu
Mengiringi arah tuju
Angin layarmu menusuk kalbu
Bagaikan beradu di awan biru

Berlayarlah
Kapal layarmu
Berlayarlah
Selagi mampu

Planet Ilusi

Pening kepala
Porak peranda
Dendam sengketa
Tiada akhirnya

Ingin aku asingkan diri
Ingin damaikan hati
Ingin aku cipta sendiri
Planet alam ilusi

Pasti aku tinggalkan bumi
Tak ingin kembali
Selagi ada sengketa dibumi
Tidak berakhir

Jiwa tenang
Planet ilusi
Tiada konflik yg cengkam diri
Airmata tiada titis
Realiti fantasi

Siong Raja

Kerana setitik darah
Siong ketagih mangsa
Marhaen dalam derita
Angkara siong raja

Tidak memilih mangsanya
Yg muda atau tua
Asal merah darahnya
Siong raja ketawa
Siong raja menggila

Tajam siongnya bagai
Taji yang menikam dada
Tajam siongnya bagai
Kuku yang mencakar muka

Siong raja puaka
Dahaga darah mengalir
Siong raja puaka
Tak berdosa menjadi mangsa
Siong raja puaka
Mitos lagenda lama

Kehilangan

Sepi bagaikan bertamu dihati
Sayu terasa bila kenang kembali
Perginya seorang teman
Kerana dijemput pulang

Kehilangan tiba tiba
Buat hati dalam duka
Bagai sukar melepaskan
Engkau pergi jumpa tuhan

Kehilangan sedih terasa
Tiada lagi senyum tawa
Gurau senda seloka
Engkau ceriakan hati ini

Tiap saat bayang wajahmu
Akan aku mendoakan
Agar engkau tenang disisinya
Disisinya

Petuler

Apa guna laung laung
Pada mereka
Apa guna jerit jerit
Pada mereka
Apa guna asah keris
Pusaka kita
Apa guna titis darah
Keringat kita

Kau laung kata keramat
Nampak indah banyak tersirat
Yang putih dah berkarat
Tiada orang engkau rembat
Yang terbelah dah melarat
Dulu manis kini kelat

Asal hidup dari merempat
Dalam diam kau merayap
Semua engkau rembat
Laung mu salut karat

Ahmad Albab

Kisahnya terjumpa
Pusaka didalam gua
Merubah nasibnya
Yang dulu miskin hina
Bertimbun harta
Siapa yang punya

Tiba tiba ada suara
Dengan lantang ada gema
Penunggu gua berkata

Jangan sentuh ini harta
Bukannya harta kau punya
Harta ini ada tuannya
Ahmad albab namanya
Siapa dia
Ahmad albab namanya

Ketuk pintu dapat nama
Atuk guna bahasa arab
Ahmad albab gelarannya
Lalu teringat harta
Pesan penunggu gua
Bukan harta ko punya
Ahmad albab yang punya
Ahmad albab yang punya

Terus lari ke gua
Dapatkan itu harta
Tapi ada syaratnya
Datang tiap purnama
Kerana ini harta
Ahmad albab yang punya
Ahmad albab yang punya

Skema Amerika

Cermin mata bingkai tebal
Gaya lagak nampak pintar
Sisir rambut belah tengah
Baru pulang dari amerika
Dari amerika

Sesat jalan cari rumah
Lupa simpang jalan pitas
Dulu sawah kini sekolah
Orang-orang tinggal sejarah

Lagak gaya dah berubah
Good morning lekat dilidah
Sambal belacan dah tak endah
Pelat lidah bila bermadah

Bunga bunga dalam taman
Dalam tidur pasang angan
Harap skema datang meminang
Skema amerika dah pulang
Dah pulang
Dah pulang

Nasib Kodok

Dari elok datang kalut
Angin tenang datang ribut
Otak kosong dah serabut
Kepul asap bakar sabut

Dulu harum kini busuk
Panjang jarum dapat cucuk
Pulas cuping tarik tanduk
Pokek kosong ada habuk

Kata jantan muka tembok
Dapat makan buah jeruk
Siang malam sakit perut
Tekak sakit ubat batuk

Pening pitam jadi mabuk
kenal kerbau kerna tanduk
Bisa ular bawa maut
Kotor kaki ada selut

Jangan bikin dunia kalut
Dulu pintar kini badut
Markah tinngi kini corot
Hitung nasib bagai si kodok

Pelik

Pelik
Langkahmu memang pelik
Dulu laju kini lembik
Jalanmu memang pelik

Pelik
Sikapmu memang pelik
Dulu baik kini belit
Semua nak kau sepit

Pelik
Wajahmu memang pelik
Dulu manis kini pahit
Bagai minum air pahit

Dulu nampak baik baik
Duit banyak tinggi bukit
Sekarang dah terbalik
Hidup kau dah tersepit
Habis duit ke kelab joget

Hari hari kau menjerit
Panjang lidah berbelit belit
Daki bukit naik rakit
Batu hempap kau yang sakit
Kau memang pelik