Terdapat ralat dalam alat ini

Malas Nak Percaya

Dah malas nak percaya
Acapkali kau cerita
Kau redah hutan rimba
Kau jumpa tuah lima bersaudara

Siapalah yang nak percaya
Selalu kau cerita
Jika kau lapang masa
Kau terbang melintasi ruang angkasa

Malaslah nak percaya
Kau sehandal panglima
Serangga merayap dipeha
Kau meraung kering airmata

Tak nak aku percaya
Superman teman lama
Berangan tika lena
Jatuh ke lantai bagaikan gempa

Siapa nak percaya
Bicara tiada bayar
Umpama hikayat omong
Habiskan masa

Tiada ulasan: