Terdapat ralat dalam alat ini

Malas Nak Percaya

Dah malas nak percaya
Acapkali kau cerita
Kau redah hutan rimba
Kau jumpa tuah lima bersaudara

Siapalah yang nak percaya
Selalu kau cerita
Jika kau lapang masa
Kau terbang melintasi ruang angkasa

Malaslah nak percaya
Kau sehandal panglima
Serangga merayap dipeha
Kau meraung kering airmata

Tak nak aku percaya
Superman teman lama
Berangan tika lena
Jatuh ke lantai bagaikan gempa

Siapa nak percaya
Bicara tiada bayar
Umpama hikayat omong
Habiskan masa

Ghairah Yang Hilang

Bila dengar berita
Dia telah kembali
Setelah lama menyepi
Tiada khabar diri

Kini wajah menjelma
Hanya memandang sahaja
Tiada nada bicara
Seakan dalam keresahan

Apakah maknanya ini
Seakan ghairah tiada lagi
Terasa seperti hilang seri
Fikiran hanya melayang layang

Mindaku seakan buntu
Bagaikan hilang ghairah padamu
Walaupun diri aku tahu
Cintamu tetap pada diriku

Tidak seperti dulu
Setelah dengar namamu
Dunia ini umpama
Milik kita berdua

Selain Bumi

Ingin rasanya
Berkelana disana
Ingin melihat
Kehidupan selain bumi

Bumi berputar
Ligat sentiasa
Namun bagaimana
Kehidupan sekelilingnya

Apakah ada disana
Teruja ingin melihatnya
Apakah memang benar
Ada makhluk tak serupa kita

Apa bentuk rupanya
Apakah tiada suara
Apa santapanya
Atau kenyang sepanjang masa

Apakah akan kekal selamanya
Menjadi misteri minda
Apakah tiada siapa
Mencuba mendekatinya

Manisah

Dah nasib manisah
Diri menjadi dambaan
Diri menjadi pujaan
Insan dipinggiran

Manisnya manisah
Bikin hati tak keruan
Siang dan malam
Terkenang kenang dirimu sayang

Manisah pujaan
Beradu lena tak aman
Sering terbayang
Seakan wajah berada didepan

Dengarlah sayang
Sayang hamba bukan mainan
Berilah harapan
Semoga tercapai satu impian
Manisah insan pujaan

Sampai Ke Pagi

Dingin malam ini
Dinihari masih sendiri
Hujan dah berhenti
Pelangi terbit pagi

Lihat jalur pelangi
Janganlah tunjuk jari
Pergilah andai berani
Untung sedang menanti

Mahu lari sampai pagi
Sampai bila mahu menari
Mahu sendiri sampai pagi
Sampai bila harus sembunyi

Rentak tak selari
Kaki tersepak kaki
Akal masih mencari
Mana nyawa dalam peti
Minta nyawa dalam peti

Maharani

Rupawan maharani
Semerbak mewangi
Menawan hati ini
Jatuh cinta lagi

Rela aku berlari
Merentas gurun oasis
Walaupun luka pedih
Sanggup aku tempuhi

Ohhhh maharani
Dengarlah nada ini
Sumpahku dalam diri
Aku damba cintamu kasih

Ohhhh maharani
Semangat sanubari
Rela aku menanti
Dirimu datang lagi

Aku dambakan cintamu kasih
Maharani penawar pedih

Manusia Dan Hantu

Meredah malam
Bersama andang
Mencari dimana
Mana berada
Terdengar laung suara

Pohon bergoyang
Mistiknya malam
Kabus kelihatan
Apakah petanda
Hantu sudah datang

Manusia dan hantu
Tidak mungkin sama
Berpijak ditanah
Dan terbang melintas angkasa

Manusia dan hantu
Sifat yang berbeza
Mentera doa
Melawan paras suara mengerikan

Bila manusia
Memohon pada tuhan
Mustajab doa
Hantu pun hilang