Ghairah Yang Hilang

Bila dengar berita
Dia telah kembali
Setelah lama menyepi
Tiada khabar diri

Kini wajah menjelma
Hanya memandang sahaja
Tiada nada bicara
Seakan dalam keresahan

Apakah maknanya ini
Seakan ghairah tiada lagi
Terasa seperti hilang seri
Fikiran hanya melayang layang

Mindaku seakan buntu
Bagaikan hilang ghairah padamu
Walaupun diri aku tahu
Cintamu tetap pada diriku

Tidak seperti dulu
Setelah dengar namamu
Dunia ini umpama
Milik kita berdua

Selain Bumi

Ingin rasanya
Berkelana disana
Ingin melihat
Kehidupan selain bumi

Bumi berputar
Ligat sentiasa
Namun bagaimana
Kehidupan sekelilingnya

Apakah ada disana
Teruja ingin melihatnya
Apakah memang benar
Ada makhluk tak serupa kita

Apa bentuk rupanya
Apakah tiada suara
Apa santapanya
Atau kenyang sepanjang masa

Apakah akan kekal selamanya
Menjadi misteri minda
Apakah tiada siapa
Mencuba mendekatinya

Manisah

Dah nasib manisah
Diri menjadi dambaan
Diri menjadi pujaan
Insan dipinggiran

Manisnya manisah
Bikin hati tak keruan
Siang dan malam
Terkenang kenang dirimu sayang

Manisah pujaan
Beradu lena tak aman
Sering terbayang
Seakan wajah berada didepan

Dengarlah sayang
Sayang hamba bukan mainan
Berilah harapan
Semoga tercapai satu impian
Manisah insan pujaan