Bila dengar berita
Dia telah kembali
Setelah lama menyepi
Tiada khabar diri
Kini wajah menjelma
Hanya memandang sahaja
Tiada nada bicara
Seakan dalam keresahan
Apakah maknanya ini
Seakan ghairah tiada lagi
Terasa seperti hilang seri
Fikiran hanya melayang layang
Mindaku seakan buntu
Bagaikan hilang ghairah padamu
Walaupun diri aku tahu
Cintamu tetap pada diriku
Tidak seperti dulu
Setelah dengar namamu
Dunia ini umpama
Milik kita berdua
Tiada ulasan:
Catat Ulasan