Kejamnya Mama

Siang dan malam
Tiada beza bagiku
Yang tak mengerti
Apa apa

Mama kejamnya hatimu
Tak hirau tangisanku
Walaupun engkau tahu
Aku zuriatmu

Mama siapakah papa
Hati gelap gelita
Hanya pandai berjanji
Tapi tidak ditepati

Mama apakah engkau lupa
Lemahnya engkau dengan rayu
Adanya aku bukan dipinta
Adanya aku kerana nafsumu

Mama tidakkah engkau tahu
Aku sebenarnya tidak mahu
Melihat dunia yang palsu
Mengenali manusia hati sepertimu

Mama tergamak tinggalkan aku
Kejamnya dirimu
Lupakah aku adalah anakmu
Mama aku anakmu

Tiada ulasan: