Damai

Mata melihat
Helaian dimeja
Hati bertanya
Dari siapa

Terdetik rasa
Membaca isinya
Apa mahunya
Tersirat seribu makna

Apakah dia mahu damai
Lupakan segala sengketa
Apakah dia mahu sejahtera
Hidup bersama sama

Lupakan saja
Selisih kata
Kita hidup
Damai bersama

Biarkan saja
Silap yang lepas
Akan menjadi
Satu sejarah

Besama sama kita damai
Bersama sama menuju bahagia
Bersama sama kita damai
Dalam sebuah mahligai

Tiada ulasan: