Mencari Suri Hati

Aku berkelana
Setiap daerah
Mencari cinta
Seorang wanita

Dalam kembara
Gunung dan rimba
Meredah segala
Mencari bunga cinta

Aku mencari cinta wanita
Bukan mencari cinta betina
Aku mencari cinta sempurna
Bukan kerana cinta darjat semata

Kini aku jumpa
Harum sekuntum mawar
Geliga diminda
Sempurna sifatnya

Melangkah pulang
Tunaikan harapan
Seorang wanita
Menjadi suri dilaman

Tiada ulasan: