Siong Raja

Kerana setitik darah
Siong ketagih mangsa
Marhaen dalam derita
Angkara siong raja

Tidak memilih mangsanya
Yg muda atau tua
Asal merah darahnya
Siong raja ketawa
Siong raja menggila

Tajam siongnya bagai
Taji yang menikam dada
Tajam siongnya bagai
Kuku yang mencakar muka

Siong raja puaka
Dahaga darah mengalir
Siong raja puaka
Tak berdosa menjadi mangsa
Siong raja puaka
Mitos lagenda lama

Tiada ulasan: