Sampai Ke Pagi

Dingin malam ini
Dinihari masih sendiri
Hujan dah berhenti
Pelangi terbit pagi

Lihat jalur pelangi
Janganlah tunjuk jari
Pergilah andai berani
Untung sedang menanti

Mahu lari sampai pagi
Sampai bila mahu menari
Mahu sendiri sampai pagi
Sampai bila harus sembunyi

Rentak tak selari
Kaki tersepak kaki
Akal masih mencari
Mana nyawa dalam peti
Minta nyawa dalam peti

Maharani

Rupawan maharani
Semerbak mewangi
Menawan hati ini
Jatuh cinta lagi

Rela aku berlari
Merentas gurun oasis
Walaupun luka pedih
Sanggup aku tempuhi

Ohhhh maharani
Dengarlah nada ini
Sumpahku dalam diri
Aku damba cintamu kasih

Ohhhh maharani
Semangat sanubari
Rela aku menanti
Dirimu datang lagi

Aku dambakan cintamu kasih
Maharani penawar pedih

Manusia Dan Hantu

Meredah malam
Bersama andang
Mencari dimana
Mana berada
Terdengar laung suara

Pohon bergoyang
Mistiknya malam
Kabus kelihatan
Apakah petanda
Hantu sudah datang

Manusia dan hantu
Tidak mungkin sama
Berpijak ditanah
Dan terbang melintas angkasa

Manusia dan hantu
Sifat yang berbeza
Mentera doa
Melawan paras suara mengerikan

Bila manusia
Memohon pada tuhan
Mustajab doa
Hantu pun hilang

Kejamnya Mama

Siang dan malam
Tiada beza bagiku
Yang tak mengerti
Apa apa

Mama kejamnya hatimu
Tak hirau tangisanku
Walaupun engkau tahu
Aku zuriatmu

Mama siapakah papa
Hati gelap gelita
Hanya pandai berjanji
Tapi tidak ditepati

Mama apakah engkau lupa
Lemahnya engkau dengan rayu
Adanya aku bukan dipinta
Adanya aku kerana nafsumu

Mama tidakkah engkau tahu
Aku sebenarnya tidak mahu
Melihat dunia yang palsu
Mengenali manusia hati sepertimu

Mama tergamak tinggalkan aku
Kejamnya dirimu
Lupakah aku adalah anakmu
Mama aku anakmu

Auta

Gapai tak sampai
Lompat tak dapat
Bumi dipijak
Kaki tersepak
Rebah tiada keramat

Sembangnya hebat
Nampak merempat
Mudah terleka
Lemah segala
Permata depan mata

Nak lawan putaran roda
Bila hampir genggam dunia
Terlupa ramai yang dah terkena
Bila lupa pada jasa

Mata dipejam
Pada kebenaran
Mata tak buka
Bila tiada habuan

Damai

Mata melihat
Helaian dimeja
Hati bertanya
Dari siapa

Terdetik rasa
Membaca isinya
Apa mahunya
Tersirat seribu makna

Apakah dia mahu damai
Lupakan segala sengketa
Apakah dia mahu sejahtera
Hidup bersama sama

Lupakan saja
Selisih kata
Kita hidup
Damai bersama

Biarkan saja
Silap yang lepas
Akan menjadi
Satu sejarah

Besama sama kita damai
Bersama sama menuju bahagia
Bersama sama kita damai
Dalam sebuah mahligai

Bukan Sajak Puisi

Ingin rasanya aku
Melukis diawan
Ingin aku luahkan
Yang terpendam didalam

Apa kata mentari
Melihat aku disini
Andai datang hujan
Aku pulang ke bumi

Lagu ini bukan sajak puisi
Lagu ini hanya luahan hati
Mana pergi lama aku menanti
Janganlah bermain dengan teka teki

Awan berarak perlahan lindungi bumi
Detik masa berganti masih menanti
Manalah sembunyi aku tak pasti
Aku tak pasti

Pak Menipu

Pak pak pak menipu
Sudah dapat dia sapu
Kata nampak benar
Tapi sadur palsu

Pak pak menipu
Kenyang perut jalan laju
Bila lemas hulur kayu
Tetap menipu

Semua lu sapu
Hanya tinggal debu
Janji bantu bantu
Tapi janji palsu

Nanti lu datang
Rayu perasaan
Bila lu bimbang
Hidup dipinggiran

Pak pak pak menipu
Lu macam hantu
Memang aku tahu
Semua lu sapu

DownTown Kl Boh

Pagi buta renyeh mata
Kini sampai kotaraya
Datang bukan cari kerja
Tapi downtown saja
Downtown saja

Saeng saeng ada berkata
Kotaraya macam macam ada
Abang kacak gadis jelita
Tapi jangan lupa
Kereta lipan pun ada

Downtown saja
Pusing kota
Usha awek
Cuci mata
Sankut sorang
Padang doh rasa

Downtown saja
Pusing kota
Kelabu mata
Tengok jenama
Branded belaka
Harga gila gila

Downtown kotaraya
Cuci mata macam macam ada
Tapi jangan lupa
Kawal nafsu juga

Dia Siapa

Siapa dia
Berdiri hujung sana
Apa mahunya
Tersenyum tanpa kata
Aku cuba bertanya
Dia memandang saja
Matanya terpancar cahaya

Gelisah dijiwa
Siapa dia sebenarnya
Rupa wajahnya
Seri terpancar sinar
Apakah aku berada
Di alam maya
Keindahan terbayang dimata

Mana aku berada
Mana tempatnya
Dia siapa
Membawa penawar
Hati luka

Ingin pulang segera
Merawat jiwa
Menebus segala
Hanyut gelora
Meniti usia dewasa

Kopi Tiada Gula

Biar gelap
Dipandangan mata
Pahit rasa
Pendam dalam dada

Buka mata
Nampak intan permata
Pasti ada
Sayang dalam jiwa

Kopi pahit bila tiada gula
Hati sakit tapi benci tiada
Biar pahit sanggup terima saja
Asal dapat segala yang didamba

Kopi pahit bila tiada gula
Hati sakit tapi benci tiada
Guna rakit ingin keliling dunia
Nampak pelik akhirnya sampai jua